Syeikh Izzuddin Al-Qassam: Murabbi Sufi
Agung Yang Syahid
Nama beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam.
Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria.
Keluarganya amat berpegang kuat dengan ajaran Islam.
Bapanya seorang guru Al-Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafaz Al-Quran.
Beliau
pernah menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14
tahun sekitar tahun 1906. Sewaktu menuntut beliau sempat belajar
daripada tokoh terkenal, Syeikh Muhammad Abduh r.anhu dan bersahabat
dengan Syeikh Muhammad Rashid Redho.
Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah. Seorang imam, guru dan juga syeikh bagi Tariqat As-Syazuliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria.
Ketika Perancis menjajah negara Syria, beliau juga turut ikut serta dalam memerangi penjajah.
Antara usahanya ialah dengan menjual rumahnya lalu membeli 34 pucuk senjata sebagai persediaan bagi menentang penjajah.
Namun,
perjuangan suci Syeikh Izzuddin dikhianati oleh revolusi pimpinan
Ibrahim Hanano yang menyerahkan Syria kepada penjajah dan menangkap para
pejuang.
Revolusi
tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis
menjatuhkan hukuman mati kepadanya.
Beliau
hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan
kehinaan. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di
Palestin.
Jasa Syeikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenang oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin.
No comments:
Post a Comment