Wednesday, 14 May 2014

NILAI BITARA BERORIENTASIKAN PELANGGAN


BERORIENTASIKAN PELANGGAN

  Responsif
 
Komponen ini mengupas tentang kepantasan bertindakbalas dengan cepat tanpa menunggu arahan. Guru harus bersifat responsif dengan pantas. Contohnya dalam kelas, guru hendaklah memberikan respons terhadap sebarang permasalahan, pertanyaan, aduan dan sebagainya yang diajukan oleh murid. Dengan cara yang demikian murid akan memberikan  tanggapan yang baik terhadap gurunya. Bagi murid pula, mereka dapat melatih diri untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka dengan pelbagai cara tanpa menunggu diarahkan oleh guru .

        Proaktif
Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Dalam sesebuah organisasi atau jabatan, guru harus mengelakkan diri menjadi ‘sleeping-partner’ dalam setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah. Bukan guru sahaja yang proaktif, murid juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran mereka untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu mempunyai perancangan yang lengkap untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

        Mesra
Guru juga seharusnya mempunyai sikap mesra dalam profesion keguruan. Sikap mesra seorang guru boleh kita lihat melalui perhubungannya dengan murid-murid, rakan sejawat, pegawai-pegawai tinggi dan masyarakat sekeliling. Guru perlu mewujudkan suasana yang mesra dalam proses pengajarannya. Banyak cara untuk guru untuk menunjukkan kemesraan terhadap murid seperti menyapaa murid, senyum, bergurau-senda dan sebaginya. Perlakuan hendaklah diamalkan secara konsisten dan tidak menganggapnya seperti satu kewajipan atau keperluan. Hubungan yang mesra di antara guru dengan murid tanpa melampaui batas yang sepatutnya dapat membantu seorang guru itu mempunyai ciri-ciri yang baik dalm pengajarannya.

      Berkualiti
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan sebegini ‘Guru Berkualiti Melahirkan Pendidikan Yang Berkualiti’. Jika kita meneliti dan mengamati maksud yang tersirat di sebalik ungkapan ini, kita percaya bahawa guru yang berkualiti mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Apabila guru itu mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti, ia membuktikan bahawa sistem pendidikan di negara kita adalah berkualiti dan mampu menandingi sistem pendidikan di negara-negara lain
 

No comments:

Post a Comment