Perkembangan
Memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan. Guru
yang ingin memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan perlu menanamkan minat yang
mendalam terhadap bidang pengajian yang diambilnya. Minat yang mendalam
terhadap disiplin ilmunya akan menyuntik semangat untuk bersungguh-sungguh di
dalam pengajian. Selain itu, guru juga perlu menghadiri kursus dan bengkel
untuk meningkatkan sahsiah diri.
Pencegahan
Bertujuan untuk menghalang atau mencegah
daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Seorang guru tidak
terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan , antara
cabaran terpaksa ditempuhi ialah stress di tempat kerja. Seorang guru perlu
bijak menangani stress secara efektif . Antara contoh melalui pendekatan
kaunseling,pendekatan biological, dan melalui persektif kerohanian.
Pemulihan
Bertujuan untuk memulih seseorang guru
daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Bagi membantu
guru tersebut, maka sokongan sosial
perlu diadakan. Sebagai contoh:
1. Perkhidmatan
kaunseling
Perkhidmatan kaunseling disediakan agar
perbincangan dapat dijalankan dengan cara yang kondusif.
2. Munasabah
diri
Merenung kembali perkara yang dilakukan
dan meneliti segala tindakan yang baik dan buruk yang pernah dilakukan. Guru
perlu bertaubat dan meningalkan pekara-pekara yang terlarang tersebut.
3. Rujukan
Pihak sekolah dan juga pihak KPM menjadi
rujukan dalam memainkan peranan yang penting dalam aspek pemulihan sahsiah guru.
4. Tindakkan
tatatertib
Tindakan tatatertib perlu diambil sebagai
satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain.
5.Kursus
dan bengkel
No comments:
Post a Comment