INTEGRITI
- PETUNJUK ADIL
Guru perlu adil dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Sebagai contoh, seorang guru perlu memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan
- PETUNJUK AMANAH
Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga mestilah menjalankan perundingan dengan pelajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru juga tidak seharusnya menciplak harta intelek orang lain dan mestilah menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah. Selain itu, kerahsiaan dan nama baik sekolah perlu dijaga. Sebagai contoh, kes pelajar dicabul tidak sepatutnya dijaja oleh guru di sekolah itu kepada pihak yang tidak berkenaan. Sikap guru sebegini seolah-olah tidak amanah kerana tidak menjaga nama baik pelajar dan sekolah itu sendiri
- PETUNJUK TELUS Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus megikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya, apabila menyemak kertas soalan peperiksaan, guru perlu telus dan bersikap jujur dan mengikut skema pemarkahan yang disediakan.
- PETUNJUK AKAUNTABILITI Guru harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sebagai contoh, sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan di sekolah, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak sekolah haruslah dipatuhi dan guru mestilah bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment