Thursday, 15 May 2014

TOKOH GURU TERDAHULU

 

Syeikh Izzuddin Al-Qassam: Murabbi Sufi Agung Yang Syahid

Nama beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam.
Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria. 
Keluarganya amat berpegang kuat dengan ajaran Islam. 
Bapanya seorang guru Al-Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafaz Al-Quran.
Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun sekitar tahun 1906. Sewaktu menuntut beliau sempat belajar daripada tokoh terkenal, Syeikh Muhammad Abduh r.anhu dan bersahabat dengan Syeikh Muhammad Rashid Redho. 

Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah. Seorang imam, guru dan juga syeikh bagi Tariqat As-Syazuliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria.

Ketika Perancis menjajah negara Syria, beliau juga turut ikut serta dalam memerangi penjajah. 
Antara usahanya ialah dengan menjual rumahnya lalu membeli 34 pucuk senjata sebagai persediaan bagi menentang penjajah. 
Namun, perjuangan suci Syeikh Izzuddin dikhianati oleh revolusi pimpinan Ibrahim Hanano yang menyerahkan Syria kepada penjajah dan menangkap para pejuang.
Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920. Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya.
Beliau hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin.

Jasa Syeikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenang oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin. 
Nama beliau diabadikan oleh HAMAS dengan menamakan sayap ketenteraannya serta pada senjata dan bendera mereka.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA SAHSIAH GURU CEMERLANG



Perkembangan

Memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan. Guru yang ingin memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan perlu menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang pengajian yang diambilnya. Minat yang mendalam terhadap disiplin ilmunya akan menyuntik semangat untuk bersungguh-sungguh di dalam pengajian. Selain itu, guru juga perlu menghadiri kursus dan bengkel untuk meningkatkan  sahsiah diri.

Pencegahan

Bertujuan untuk menghalang atau mencegah daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Seorang guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan , antara cabaran terpaksa ditempuhi ialah stress di tempat kerja. Seorang guru perlu bijak menangani stress secara efektif . Antara contoh melalui pendekatan kaunseling,pendekatan biological, dan melalui persektif kerohanian.

Pemulihan

Bertujuan untuk memulih seseorang guru daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Bagi membantu guru tersebut, maka sokongan sosial perlu diadakan. Sebagai contoh:

1. Perkhidmatan kaunseling

Perkhidmatan kaunseling disediakan agar perbincangan dapat dijalankan dengan cara yang kondusif.

2. Munasabah diri

Merenung kembali perkara yang dilakukan dan meneliti segala tindakan yang baik dan buruk yang pernah dilakukan. Guru perlu bertaubat dan meningalkan pekara-pekara yang terlarang tersebut.

3. Rujukan

Pihak sekolah dan juga pihak KPM menjadi rujukan dalam memainkan peranan yang penting dalam aspek pemulihan sahsiah guru.

4. Tindakkan tatatertib

Tindakan tatatertib perlu diambil sebagai satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain.

5.Kursus dan bengkel

Kajian-kajian perlu dijalankan untuk melihat kesan sesuatu kursus atau bengkel dalam menangani isu sahsiah guru di Malaysia


NILAI BITARA KREATIF DAN INOVATIF






KREATIF DAN INOVATIF

Berdaya Cipta
Dalam konteks profesion perguruan, guru perlu berdaya cipta di mana seseorang guru teresebut harus berusaha untuk sentiasa menambahkan pengetahuan sejajar dengan perkembangan semasa suapaya tidak ketinggalan. Di sekolah, guru perlu mempunyai daya cipta yang tinggi bagi merancang pengajaran dengan berkesan. Guru boleh menghasilkan atau mewujudkan idea yang baru yang berkaitan dengan strategi atau kaedah mengajar untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Di samping itu, guru juga perlu menerapkan dan menekan kepada murid suapaya sentiasa memiliki pemikiran yang berdaya cipta.

       Penambahbaikan Berterusan
Bagi guru yang sudah lama terlibat dalam profesion perguruan, mereka sudah mahir dan biasa menggunakan pelbagai kaedah atau startegi pengajaran. Kadang-kadang akan wujud rasa bosan dan jemu menggunakan kaedah atau startegi pengajaran yang sama dan berulang-ulang did alam kelas. Oleh itu, guru memerlukan penambahbaikan terhadap kelemahan atau kekurangan guru tersebut sama ada dari segi pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sebagainya. Penambahbaikan yang dilakukan oleh guru hendaklah bersifat berterusan bagi mewujudkan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Penambahbaikan berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran, pedagogi dan sebagainya boleh diperolehi oleh guru melalui bengkel, seminar, kursus, symposium, latihan pratikal dan sebagainya. Apabila guru sentiasa melakukan penambahbaikan tentang dirinya, guru tersebut boleh menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengajaran di sekolah.
 
 
        Rebut Peluang
Peluang dalam bidang pendidikan bagi pengetahuan dan memperlengkan lagi kemahiran serta pedagogi adalah terbuka luas. Oleh itu, guru perlu merebut peluang yang disediakan untuk memajukan diri sendiri yang secara tidak langsung dapat membantu murid dalam pembelajaran. Justeru, guru perlu bijak dan berani merebut peluang disediakan sama ada peluang tersebut disediakan oleh organisasi,jabatan atau pihak kementerian yang berlainan selain yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tawaran atau peluang yang diberikan janganlah dianggap sebagai satu beban atau tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru tersebut. Jadikanlah sebagai pemangkin dan pendorong untuk menjadi seorang guru yang berjaya, berilmu pengetahuan, berinovasi dan berkualiti. Ini kerana peluang ada hanya dating sekali. Oleh yang demikian guru perlu merebut peluang yang ada di hadapan kita.

 
        Nilai Tambah
Nilai tambah iaitu pecahan komponen nilai kreatif dan inovatif sebenarnya mengajak dan menggalakan guru untuk menggunakan kemudahan media dan teknologi yang disediakan seperti kemudahan jaringan internet, telefon bimbit, media cetak dan kemudahan sistem portal pelajar mampu membantu dan meningkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui kemudahan yang disediakan guru boleh menambahkan pengetahuan dan menyebarkannya kepada murid-murid, rakan sejawat, persatuan, organisasi dan jabatan.
 
 

Wednesday, 14 May 2014

NILAI BITARA PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA






PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA


       
Peluang Untuk Maju
Jika kita perhatikan situasi yang berlaku di sekolah, guru sentiasa berusaha untuk memajukan atau meningkatkan prestasi anak muridnya. Bagaimana pula dengan guru? Adakah guru merebut peluang untuk memajukan dirinya sendiri ? Selain mengambil berat tentang anak muridnya dan rakan sejawatan, guru juga perlu mengambil kira tentang dirinya sendiri. Guru harus berusaha untuk memajukan dirinya sendiri sama ada dari segi pengetahuan, kemahiran dan sebagainya. Misalnya pada hari ini, ramai guru berusaha untuk memajukan diri dari segi pengetahuan dengan cara menyambung belajar walaupun secara pendidikan jarak jauh. Sikap seperti ini dapat memberi motivasi untuk murid belajar dengan bersungguh-sungguh

        Empati
Seorang guru yang mempunyai ciri-ciri yang baik seharusnya memiliki sikap empati. Sikap empati ini merupakan satu nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.Mendengar masalah rakan-rakan atau murid-murid adalah salah satu cara kita menunjukkan sikap empati kita. Pada murid-murid, sebagai guru kita harus peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dan mengambil berat tentang perkara tersebut untuk menghulurkan bantuan. Menjadi pendengar yang baik terhadap masalah atau luahan murid-murid akan memberikan tanggapan positif  terhadap kita bahawa kita mempunyai sikap empati terhadap orang lain yang dalam kesusuhan dan memerlukan sokongan atau bantuan kita. Dengan menunjukkan sikap empati, kita dapat mewujudkan dan mengeratkan perhubungan kita di antara satu sama lain.

       Penghargaan
Teori Abraham Maslow ada menyatakan bahawa seseorang individu juga memerlukan penghargaan daripada orang lain di atas apa yang individu tersebut lakukan. Dalam situasi di sekolah, bukan sahaja guru perlu dihargai, bahkan murid juga seharusnya diberi penghargaan. Banyak cara bagaimana penghargaan ini boleh ditunjukkan. Contohnya bagi menunjukkan kita menghargai rakan sejawat kita boleh mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi, ucapan terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan. Dalam situasi murid pula, guru harus menghargai hasil kerja yang dilaksanakan oleh muridnya. Misalnya ucapan syabas kerana berjaya menyiapkan projek yang dberikan dengan berkualiti, memberi hadiah kepada murd kerana berjaya meningkatkan prestasi pelajaran sebagai menghargai usaha murid tersebut dan sebagainya. Penghargaan yang diberikan kepada murid amatlah penting supaya murid mengetahui mereka sentiasa diambil berat dan tidak terabai.
   
       Keselesaan Persekitaran
Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting di sesuatu tempat bertugas. Persekitaran yang kondusif mampu menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Sebagai contoh di sekolah, persekitaran yang tidak selesa untuk murid belajar kerana kemudahan infrastruktur tidak lengkap menyebabkan murid tidak berminat dan bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pentingnya persekitaran yang selesa supaya tumpuan atau fokus anak murid kita tidak terjejas. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif walaupun sesebuah sekolah itu serba kekurangan dari segi infrastrukturnya.
 

NILAI BITARA BERORIENTASIKAN PELANGGAN


BERORIENTASIKAN PELANGGAN

  Responsif
 
Komponen ini mengupas tentang kepantasan bertindakbalas dengan cepat tanpa menunggu arahan. Guru harus bersifat responsif dengan pantas. Contohnya dalam kelas, guru hendaklah memberikan respons terhadap sebarang permasalahan, pertanyaan, aduan dan sebagainya yang diajukan oleh murid. Dengan cara yang demikian murid akan memberikan  tanggapan yang baik terhadap gurunya. Bagi murid pula, mereka dapat melatih diri untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka dengan pelbagai cara tanpa menunggu diarahkan oleh guru .

        Proaktif
Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Dalam sesebuah organisasi atau jabatan, guru harus mengelakkan diri menjadi ‘sleeping-partner’ dalam setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah. Bukan guru sahaja yang proaktif, murid juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran mereka untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu mempunyai perancangan yang lengkap untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

        Mesra
Guru juga seharusnya mempunyai sikap mesra dalam profesion keguruan. Sikap mesra seorang guru boleh kita lihat melalui perhubungannya dengan murid-murid, rakan sejawat, pegawai-pegawai tinggi dan masyarakat sekeliling. Guru perlu mewujudkan suasana yang mesra dalam proses pengajarannya. Banyak cara untuk guru untuk menunjukkan kemesraan terhadap murid seperti menyapaa murid, senyum, bergurau-senda dan sebaginya. Perlakuan hendaklah diamalkan secara konsisten dan tidak menganggapnya seperti satu kewajipan atau keperluan. Hubungan yang mesra di antara guru dengan murid tanpa melampaui batas yang sepatutnya dapat membantu seorang guru itu mempunyai ciri-ciri yang baik dalm pengajarannya.

      Berkualiti
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan sebegini ‘Guru Berkualiti Melahirkan Pendidikan Yang Berkualiti’. Jika kita meneliti dan mengamati maksud yang tersirat di sebalik ungkapan ini, kita percaya bahawa guru yang berkualiti mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Apabila guru itu mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti, ia membuktikan bahawa sistem pendidikan di negara kita adalah berkualiti dan mampu menandingi sistem pendidikan di negara-negara lain
 

NILAI BITARA SEMANGAT BERPASUKAN





SEMANGAT BERPASUKAN

PETUNJUK MUAFAKAT

Mempunyai sikap muafakat dalam bekerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah 
secara bersama. Di kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan batu rakan guru dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai contoh, guru digalakkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berlainan agama , bangsa, dan budaya supaya persefahaman,budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

PETUNJUK FOKUS MATLAMAT

Sebagai guru, dan rakan guru mestilah bekerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi sekolah. Matlamat jangka masa pendek dan jangka amsa panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian. Contohnya, untuk menaikkan prestasi pelajar SPM, guru perlu bekerjasama dalam memastilkan setiap pelajar bersedia menduduki peperiksaan bagi mencapai matlamat sekolah lulus seratus peratus.

PETUNJUK HORMAT-MENGHORMATI

Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai di kalangan rakan guru. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalh sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan terutamanya di sekolah. Guru harus menghormati pelajar dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Perlu diingatkan bahawa para pelajar adalah pelanggan pendidik dan menjadi kewajipan guru untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Ini akan dibincangkan lagi dalam Nilai Bitara kelima iaitu berorientasikan pelanggan. Contoh, untuk petunjuk guru lepasan ijazah perlu menghormati guru-guru lama yang hanya mempunyai diploma kerana semua ahli anggota perlu dihormati tanpa megira usia dan pangkat.


PETUNJUK BANGGA UPSI

Guru mestilah menanamkan sikap rasa bangga terhadap UPSI dengan mempromosikan kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum. Sebagai contoh, guru menawarkan zaman kegemilnagan Sultan Idris Teaching College pada tahun 1924 yang terkenal sebagai sebuah maktab yang melahirkan banyak yokoh-tokoh guru terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebgai Za'ba. Usaha mebina peradaban bangsa menerusi penggunaan Bahasa Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini. Guru juga harus memelihara dan mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayaan dan kegagalan dengan UPSI.
     











  

NILAI BITARA PROFESIONAL


PROFESIONAL

  • PETUNJUK BERETIKA                                                    Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Dalam konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan guru dan pelajar juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah pelajar-pelajar kepada umum dan tidak bercakap smbang di belakang mereka. Sebagai contoh, Etika Profesion Perguruan yang menjadi prinsip setiap guru di Malaysia wajib dipatuhi dalam menjalankan tanggungjawabnya di sekolah.                                                                    
  • PETUNJUK ILTIZAM                                                                                                                                Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi. skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, guru mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada waktu hujung minggu. Usahlah rasainya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirannya sebagai tugas untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.                                                                                    
  • PETUNJUK CINTA ILMU                                               Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya beberapa kali wacana ilmu setahun bagi menambah ilmu yang sedia ada. Dengan cara ini, guru dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda pelajar dan diri sendiri. Sebagai contoh, dalam era globalisai ini, perlu mempunyai rangkaian dengan rakan guru dan pakar-pakar dalam bidang yang diajar bagi memastikan ilmu baru sentiasa ditambah dan diperbaharui.                                        
  • PETUNJUK KOMPETEN                                          Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang         berkualiti dan efisien dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Guru juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, guru memastikan pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar dafat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Guru juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan guru dan pelajar. Tidak semestinya guru hanya menulis dan menggunakan Rancanga Pengajaran Harian (RPH) yang sama setiap tahun tetapi guru juga haruslah memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kentemporari dan sesuai digunakan sepanjang zaman. Guru harus meningkatkan dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang relavan dengan tajuk pembelajaran yang diamanahkan untuk disampaikan kepada pelajar-pelajarnya.                                                       















NILAI BITARA INTEGRITI




INTEGRITI

  • PETUNJUK ADIL                                                                                                            
          Guru perlu adil dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Sebagai contoh, seorang guru perlu memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan
  • PETUNJUK AMANAH                                                   
          Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga mestilah menjalankan perundingan dengan pelajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru juga tidak seharusnya menciplak harta intelek orang lain dan mestilah menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah. Selain itu, kerahsiaan dan nama baik sekolah perlu dijaga. Sebagai contoh, kes pelajar dicabul tidak sepatutnya dijaja oleh guru di sekolah itu kepada pihak yang tidak berkenaan. Sikap guru sebegini seolah-olah tidak amanah kerana tidak menjaga nama baik pelajar dan sekolah itu sendiri
  • PETUNJUK TELUS                                                                                                                                                                                                                              Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus megikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya, apabila menyemak kertas soalan peperiksaan, guru perlu telus dan bersikap jujur dan mengikut skema pemarkahan yang disediakan.                                                                                                                    
  • PETUNJUK AKAUNTABILITI                                                                                                                                                                  Guru harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sebagai contoh, sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan di sekolah, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak sekolah haruslah dipatuhi dan guru mestilah bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
     

GURU CEMERLANG VS GURU BERMASALAH

















ISU SAHSIAH






Thursday, 1 May 2014

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG


APA ITU GURU CEMERLANG?



APA ITU GURU CEMERLANG?


"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”